Dec 31, 2010

Plastik Sign Bawa Pulang Kesegarannya - Hidup Ala Coke!

Bulan lepas masa tu aku keluar jalan jalan cari barang...satu apa pun tak dapat
Dengan frustnya aku balik dengan tangan kosong...tapi tak disangka...

...dapat jugak aku bawa pulang plastik sign ni...last minute tuu...
Walaupun tak seberapa...tapi memang terasa kesegarannya...:)


Dec 27, 2010

Pensil Lama : PUMA Copying Pencil Made In England

Cuma dapat 3 kotak je pensil ni...kotak usang tapi keadaan baik..
Maklumlah, pensil ni usianya lebih dari usia aku sendiri kot....

PUMA copying pencils. British Manufacture
Made In England by THE CUMBERLAND PENCIL CO.LTD

Dalam setiap kotak ada 12 batang pensil berwarna purple...
Tak macthing langsung dengan color kotaknya kan?? 
Kesemua pensil masih belum digunakkan iaitu belum lagi dikorek


Pensil ni jenis atau no. 249 - Medium....

Overall condirion nya masih baik & masih boleh digunakan lagi
Sedikit info tentang PUMA pencil ni dapat aku cari untuk dikongsi bersama
Dah masuk muzium pun pensil ni...mungkin dulu ia digunakan pada zaman penjajah British!




   

Dec 25, 2010

PLAN - A

PLAN - A aku nak cari Coke Collectibles
Tapi gelas PLANTA yang aku dapat...





   

Dec 23, 2010

Dari pandai bercakap ke pandai menyanyi....

Camni-lah...Menang jika tin Coca Cola bercakap!

Percutian untuk 2 orang ke World of Coca Cola, USA...pehhh
Atau Peti Sejuk Mini Coca Cola...atau gelas berkontur Coca Cola...menarik??

Cari tin menyanyi
Pilih pengalaman muzik paling gempak anda....


Pertama: Menangi percutian tajaan penuh ke Universal Music Studio & Concert
Kedua: Ipod Touch 8gb...Ketiga: iBuzz docking station
& Saguhati: iPod Shuffle 2gb.....gerek tu..!





   


Dec 21, 2010

Cawan Plastik Vitagen Looney Tunes World Games

Malaysia                                       England

Thailand                                     South Africa

Gambar Bugs Bunny menjulang piala berlatarbelakangkan bendera negara peserta

Looney Tunes Cartoon karakter pada sebelah cawan..
Set ni ada 10 different design...aku ada 4 sahaja...




   

Dec 14, 2010

Kiss Me....

Lama dah tak makan gula gula Kiss Me ni...
Chomel je gelas ni...pendek tapi unik!

KISS ME
Gula-Gula Batuk / Cough Drop Candy
Pandai batuk ke gula gula ni...hahaha...direct translation la ni kot?

Antara sebab gelas ni unik ialah tapaknya yang berbentuk segiempat
Selain dari gula nya yang batuk..:)







   

Dec 13, 2010

Coca Cola Advertisement was banned?? Why?..


A Coca-Cola advertisement in the mid-80’s was banned 
because it clearly depicted a sexual act.

"The offending poster was part of Coke's $200,000 "Feel the Curves" campaign to promote the reintroduction of the company's original contoured bottle shape. The graphic artist had hidden an image depicting oral sex among the advertisement's ice cubes as a joke.

This was no joke, however - the artist was subsequently fired and sued, and Coca-Cola had no choice but to scrap thousands of posters." 

See the banned poster below:-
 
 Did you see pic hidden in the ice cube?
Great art but this is way too far for Coke..

I wonder if anyone still keep this poster...It might be very rare now
If it is rare it must cost a fortune to buy it then...hahahaha...





   

Dec 12, 2010

Mug Horlicks ala English Style...

Saiz nya kecil tapi design nya agak menarik
 Bahagian tepi gambar bunga rose 3 warna..

Tulisan Horlicks jelas dengan warna biru di antara design bunga tadi

Di bahagian bawah juga terdapat tulisan Horlicks
Biasa aku dapat mug bertemakan English seperti Perl cafe & Power Root
Tapi kali ni baru aku tau Horlicks jugak peka pada design ala Englih ni..



Dec 11, 2010

Take a break...let's shop online!!







   
   


    http://www.churpchurp.com/fazee/share/digi-livekpop10

Dec 10, 2010

Kris Piggy Bank...for my lovely daughter..

Manis je muka anak bila dapat beli apa yang diorang nak kan...:)

Ohh...keluaran coklat Crispy rupanya...Limited Edition punya tu..

What a big egg you have there dear!!!...Is it a dinousaur egg? A T-Rex egg??

Menetas telur dah dinosaur ni...kaler biru & tengah makan coklat pulak tu..
Ada berserta 2 packet coklat Crispy bersama sama anak dinosaur ni..
Chomel...Ni la rupa tabung Limited Edition dari Crispy ni...

Dapat la anak aku makan coklat sambil tu dia boleh la start menabung
Aku beli coklat ni masa cuti kat Pulau Langkawi haritu...memang best Tabung ni!!





   

Dec 9, 2010

Brylcreem-The Perfect Hairdressing

Brylcreem The Perfect Hairdressing
Made for Beecham Products Brentford England
Tahun keluarannya tidak pasti..sesiapa ada info bolehlah share kat sini

Masih bertutup rapat tak pernah dibuka seal nya...
Isi kandungan penuh likat berwarna putih...macam nak buka dan try pakai la..:)


Tulisan embossed pada bahagian bawah botol kaca
TRADE MARK BRYLCREEM
U.K DSGN REGD.
Lama jugak tak posting barang old school...ni kira old school ke?
Dapat dah lama dari sebuah kedai yang macam nak roboh di sebuah pekan lama..
Have a nice hair day!!!!





   

Dec 7, 2010

2 Keping Plastik Sign Bawa Pulang Kesegarannya...Coke!!

Coca Cola : Bawa Pulang Kesegarannya....

Dengan gambar PET bottle 1.5L...memang nampak segar!

Bukan kesegarannya je aku bawak pulang...
Dengan sign nya sekali aku amik...hehehehe...






Coca Cola: Bawa Pulang Kesegaran....pulak...

Botol PET 1.5L jadi perhatian kesegarannya...

Dua keping plastik sign yang sebaya...sama saiz & material
Dah tak banyak tapi masih ada kalau dicari pasti jumpa...tengok nasib lah..
ENJOY!!!!!

 

Dec 6, 2010

Sepetang di Kelab...

Kelab Pengumpul Setem, Numismatik & Barang Barang Antik Johor
Kalau nak tau lokasi kelab ni ialah di Kluang Johor

 Gathering para collector ni diadakan pada 4 & 5hb Dec 2010 dari pukul 10am - 7.00pm
Gathering ni dianjurkan oleh ahli kelab untuk tujuan Trade Fair Buy & Sell 
2 hingga 4 kali setahun....Expo la bak kata pepatah ahli ahli kelab...
Semua ahli tak mau gambarnya di ambil sebab nak low profile je

Macam macam ada....especially banknotes & stamps..

Pelbagai coins luar dan dalam negeri..

Beribu ribu First day Cover...antara yang best ialah Merdeka Day FDC dated 31 Aug 1957
Tak beli sebab tak nak terjebak collect FDC pulak 
Sebab dah banyak sangat hobi aku ada..pehh..

Tengokla...tali pinggang besi tu memang antik la...banyak lagi aku tak sempat snap
Sebab bila dah jumpa taiko taiko collector lupa nak amik gambar asyik story je lebih..
Senang kata mcm2 ada termasuk Error Banknotes & Perfume Miniature...
Cuma yang tak ada....barang barang Coca Cola!!!!
Tu nak kena pergi Trade Fair Coca Cola kat Amcorp...maybe next time...





   

Dec 5, 2010

Gelas Darkie

Darkie

Cleaner Teeth, Cooler Taste
Cuma ada satu ni je kat dalam simpanan...
Yang lain kaler ke, design ke...masih tak jumpa jumpa lagi...